Sangat Terharu, Senior Sudi Pertahakan Saya – Che Ta

Petaling Jaya – “Saya rasa sangat suka dan terharu apabila ada juga (selebriti) yang senior sudi pertahankan saya daripada kutukan tidak berasas orang-orang di luar sana,”€ kata pelakon dan pengacara Rozita Che Wan terhadap status Instagram chef selebriti Datuk Chef Wan yang mempertahankannya daripada kutukan melampau pihak tertentu di laman sosial.

Rozita, 41, yang baru melahirkan bayi perempuannya Sabtu lalu berkata, tindakan chef terkenal itu menghentam semula sikap negatif dan keceluparan sebahagian besar jaguh papan kekunci (keyboard warriors) adalah satu penghargaan buatnya yang lebih junior daripada Chef Wan.

Scree shot dari Instagram Chef WanScree shot dari Instagram Chef Wan

“Kalau diikutkan saya bukanlah kenal baik atau rapat pun dengan Chef Wan tapi atas sikap kemanusiaan dan kematangan dia terpanggil untuk menyelar sikap biadap sebahagian ‘keyboard warriors’ €™ yang dianggapnya mempunyai hati yang busuk.

“Sebenarnya saya sangat seronok bila Chef Wan bertindak macam itu dan tak sangka bila seorang yang lebih senior memahami situasi yang saya lalui bila dihentam secara keterlaluan oleh golongan (keyboard warriors) itu,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.