Penyokong Pembangkang Persenda Hakim

Shah Alam – Beberapa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mahu mempersendakan hakim yang mengadili kes liwat II Ketua Umum PKR itu, apabila tampil melakonkan suasana dalam mahkamah.

Seorang diantara mereka memakai lengkap konstum seorang hakim seperti jubah hitam, wig (rambut palsu) dan tukul mainan.

Sementara seorang lagi bertindak sebagai jurucakap.

Mereka cuba menyampaikan mesej bahawa seseorang hakim perlu membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukannya dengan mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Lakonan pendek yang diselit dengan elemen komedi itu mengundang tawa pengikut Anwar yang setia menunggu di perkarangan mahkamah.

Penyokong Anwar yang semakin bertambah di perkarangan Istana Kehakiman kelihatan memegang kain rentang bagi menyatakan sokongan kepada Anwar. Beberapa pemimpin PKR juga dilihat memberikan ucapan kepada penyokong yang hadir.

Sementara itu, penyokong pengadu kes ini, Saiful Bukhari Azlan yang pada mulanya hampir tidak kelihatan, turut berkumpul dan melaungkan sokongan pada bekas pembantu khas Anwar itu.

Mereka turut memegang kain rentang serta spanduk untuk menzahirkan sokongan mereka.

Prosiding perbicaraan membabitkan Anwar dan Saiful, hari ini memasuki hari ketujuh.

Peguambela Anwar, Ramkarpal Singh pagi tadi memberitahu pemberita, perbicaraan kes ini berkemungkinan besar akan disambung esok (Jumaat).

Namun segala bergantung kepada keadaan dan kebenaran panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.