Penyanyi Rap Terlibat Penggal Kepala

Kuala Lumpur – Penyanyi rap Jerman, Denis Cuspert atau dikenali sebagai Deso Dogg dilihat muncul dalam klip video Negara Islam (IS) disebar sebuah kumpulan aktivis kelmarin.

Dalam rakaman itu, Cuspert, 39, dilihat bersama anggota lain IS memenggal kepala beberapa lelaki.

Laporan sebelum ini mengatakan Cuspert maut dalam konflik di Syria.

Video itu tidak menunjukkan dengan jelas sama ada Cuspert membunuh sesiapa, tetapi dia dilihat memegang kepala mangsa yang sudah dipenggal.

Kesahihan video itu masih disiasat.

Video berkenaan disebarkan aktivis di Dair as-Saur, timur Syria, yang sering melaporkan jenayah dalam perang saudara di Syria ketika ini.

Kumpulan aktivis itu bagaimanapun tidak menyatakan bila video itu dibuat atau cara mereka mendapatkannya.

Melalui video itu dapat dilihat menunjukkan seorang lelaki ditembak mati dan seorang lagi dipenggal kepalanya menjadikan keseluruhan, tiga orang yang mangsa dirakamkan

“Mereka ini menentang IS dan disebabkan itu mereka menerima hukuman mati,” katanya Cuspert dalam bahasa Jerman.

Sementara itu rakannya berkata, mangsa adalah anggota kabilah al-Shaitat suku Syria.

Sejak beberapa bulan lalu, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menggunakan Cuspert sebagai contoh menyedarkan golongan muda dalam perang internet terhadap IS.

Video propaganda IS bagaimanapun menunjukkan ketawa dan memuji jihad sebagai sesuatu yang menyeronokkan selain mengajak orang islam menyertai perang menjatuhkan rejim Syria.

Pada akhir video itu anggota IS berdiri mengiringi sesuatu yang didakwa mayat Cuspert.

Menurut pihak berkuasa Jerman, Cuspert masih hidup, malah menjadi orang kuat di dalam IS

Cuspert berketurunan Jerman-Ghana dan kini menggunakan nama Abu Talha al-Almani. Beliau bertanggungjawab untuk megerahkan pengikut radikal di Jerman untuk menyertai IS melalui video berbahasa Jerman

Kedudukan tinggi Cuspert sebagai propaganda berbahasa Jerman dari Negara Islam memberi dia “kapasiti yang cukup untuk mempengaruhi orang-orang yang radikal di Jerman,” kata Berlin pegawai-pegawai perisikan.

Cuspet memulakan kerjaya sebagai rapper pada tahun 2002, dengan muziknya yang mengetengahkan isu diskriminasi. Beliau telah mengisytiharkan dirinya seorang Muslim sejak tahun 2007 dan pergi ke Mesir sebelum akhirnya berpindah ke Syria.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.