Majlis Perbandaran Serbu Sembilan Premis Judi Haram Yang Telah Kosong

Melaka – Sebanyak sembilan pusat perjudian haram yang diserbu pihak berkuasa di sekitar bandar raya ini semalam, bukan sahaja tidak beroperasi tetapi turut mengosongkan premis masing-masing.

Lokasi serbuan terlibat adalah tiga buah premis di Plaza Kesidang, Taman Kenanga Seksyen 3 (2), Lorong Pandang (2) dan Jalan Tun Sri Lanang (1).

Berikutan itu, pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Suruhanjaya Tenaga hanya merampas 20 buah meja daripada sebuah premis yang diserbu.

Menurut jurucakap MBMB, pihaknya percaya kesemua pengusaha kegiatan itu telah memindahkan mesin-mesin perjudian ke lokasi lain berikutan bimbang operasi pihak berkuasa yang semakin agresif.

“Operasi ini akan terus berjalan bagi memastikan tiada lagi premis mesin perjudian haram beroperasi,” katanya di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.