Lori Tangki Kimia Terbalik Dekat Ipoh

Ipoh – Sebuah lori tangki membawa bahan kimia Ethyl Acetate (UN 1173) terbabas dan terbalik tepi laluan di Kilometer 295.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala selatan, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu lori tangki berkenaan dilaporkan cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Hasrin Hasdi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.51 petang sebelum menghantar jentera dan anggota ke lokasi kejadian.

“Anggota yang tiba di tempat kejadian mendapati lori membawa bahan kimia Ethyl Acetate itu terbalik di bahu jalan.

“Bagaimanapun, pemantauan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih yang turut dikejarkan ke tempat kejadian mendapati tiada sebarang tumpahan bahan kimia berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, lori tangki berkenaan hanya akan dialihkan esok.

lori terbalik 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

lori terbalik 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.