Logo Halal Tidak Boleh Diguna Bersama Lambang Bukan Islam – JAKIM

Putrajaya – Logo halal tidak boleh digunakan pada produk yang dipromosikan sempena perayaan agama bukan Islam atau bersama lambang agama bukan Islam, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata tindakan syarikat yang menggunakan pembungkusan dengan imej yang berunsur ketuhanan adalah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia di bawah perkara 6.3 Pembungkusan dan Pelabelan.

Merujuk isu berikutan aduan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung produk air mineral yang terdapat imej berhala dan logo halal Malaysia, beliau berkata JAKIM mengarahkan syarikat berkenaan menukar pembungkusan itu bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

“Sekiranya syarikat itu enggan, tindakan penggantungan sijil halal boleh dikenakan ke atas syarikat atas kesalahan yang bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,” katanya.

 

Baca: Air Mineral Halal Ada Logo Berhala Hindu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.