Lelaki Kurung Isteri Yang Dibelinya Selama 12 tahun

China – Seorang lelaki yang membeli isterinya melalui sindiket pemerdagangan manusia, akhirnya terpaksa mengurung wanita berkenaan umpama hamba selama 12 tahun selepas dia mengalami masalah mental.

Luo Jindong, 64, membeli wanita itu pada 2000 dan mengahwininya ketika Luo sendiri berusia 50 tahun.

Sehingga kini nama wanita yang dijadikan isteri dan telah melahirkan seorang anak lelaki kepadanya itu juga langsung tidak diketahui oleh Luo.

Dia hanya memanggil wanita itu `isteri’ dan langsung tidak mengetahui dan ambil kisah mengenai asal usul wanita terbabit.

Wanita itu kemudiannya mengalami masalah mental dan kerap memukul ibunya, menyebabkan Luo telah mengurungnya di dalam sebuah bilik.

Kini selepas ibunya meninggal dunia dan Luo kini memohon bantuan ramai bagi mengubati penyakit isterinya itu dan membina rumah mereka yang hampir roboh.

“Saya terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mencari duit dan pada masa sama saya mahu anak saya merasai kehadiran ibunya.

“Saya sayangkan dia dan jika dia tidak mengalami masalah mental, saya tidak akan mengurungnya bagi tempoh yang lama.

“Saya masa setiap hari sebelum pergi kerja dan memandikannya. Saya cuma tidak mempunyai wang untuk membawanya ke hospital,’’ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.