Larangan Shisha Oleh Kementerian Kesihatan Singapura

Singapura – Kementerian Kesihatan Singapura berhasrat melarang pengimportan, pengedaran dan penjualan shisha bulan ini berikutan peningkatan peratusan pelajar menggunakan produk alternatif tembakau itu.

Menurut Tinjauan Kesihatan Pelajar, bilangan pelajar menggunakan produk alternatif tembakau termasuk shisha meningkat daripada dua peratus pada 2009 kepada sembilan peratus pada 2012.

Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Profesor Muhammad Faishal Ibrahim berkata, bagi pengimport tembakau berlesen dan peruncit yang menjual atau mengimport shisha, mereka dibenarkan untuk terus mengimport sehingga 31 Julai 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!