Kes Liwat 2 : Mungkin Berlarutan Hingga Esok – Ramkarpal

Putrajaya – Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh tidak menolak kemungkinan bahawa prosiding rayuan liwat Ketua Pembangkang itu yang memasuki hari ketujuh hari ini akan berlarutan hingga pagi esok.

Beliau yang ditemui pemberita ketika mahkamah berehat sebentar tadi berharap dapat menghabiskan hujahan mengenai keterangan saintifik dan DNA sebelum tengah hari ini.

“Saya berharap akan habiskan hujahan sebelum tengah hari dan selepas itu disambung pula dengan tiga lagi penghujah.

“Saya harap kita akan habis berhujah hari ini atau mungkin selewat-lewatnya pagi esok,” katanya ketika ditemui di luar Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.