Geram Kurangnya Bahan Bacaan Berkaitan Propaganda – Budiman

Subang Jaya – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata beliau mengambil satu insiatif untuk menulis sebuah buku berkaitan propaganda kerana geram lantaran kurangnya bahan bacaan mengenai topik tersebut.

Budiman yang ditemui ketika sembang santai di majlis pra-pelancaran buku ‘Kuasa Propaganda‘ berkata, karya terbarunya ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat akan peri-pentingnya memahami seni ‘propaganda’ yang sebenarnya sentiasa berada disekeliling hidup manusia.

Menurutnya propaganda sering datang dalam pelbagai rupa, sama ada melalui kandungan buku, siaran berita, ucapan yang sering didengar, lakonan yang dipertontonkan hinggalah kepada alunan lagu yang sering berkumandang.

Di dalam bukunya, beliau turut mengupas kaedah propaganda yang digunakan sejak zaman Parsi Kuno, Empayar Rom, Kerajaan Yunani, zaman kegemilangan Napoleon Bonaparte hinggalah kepada Klasik Nazi ketika perang era perang dunia pertama dan kedua.

Beliau turut membincangkan kaedah propaganda yang digunakan regim Zionis Israel yang menghasilkan lebih dari seratus buah filem yang bertujuan untuk memaparkan kekejaman Nazi bagi mempengaruhi minda dibawah sedar masyarakat kononnya Yahudi merupakan bangsa yang telah ditindas secara kejam dan zalim.

“Propaganda merupakan sistem yang berkuasa jika diuruskan oleh mereka yang bijak dan mempunyai kemampuan pembujukan yang luar biasa.

“Namun banyak juga aktiviti propaganda terutamanya dalam politik, (yang) akhirnya menjadi ‘boomerang’ membidas kembali sang propagandis (backfire).

“Ini selalunya berlaku kepada mereka yang menjalankan propaganda hitam atau keji” ujarnya di akhirnya buku setebal 89 mukasurat itu.

Budiman turut menjelaskan sebahagian dari jualan buku yang berharga RM30.00 ini akan sumbangkan kembali masyarakat bagi membantu usaha membaik pulih rumah di sekitar DUN Sungai Panjang.

Selain buku Kuasa Propaganda, Budiman yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) telah menghasilkan empat buah buku lain iaitu ‘Seni Pengucapan Awam‘, ‘Taman Rohani‘, ‘Mesyuarat Itu Mudah‘ dan ‘Mengilap Pemidato Hebat‘.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.