Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

Oleh:  Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur -Ekoran pendedahan yang dilakukan oleh SuaraTV berhubung laporan seorang Profesor dan penganalisis politik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang dikatakan berhadapan dengan tuduhan ‘ciplak’ (plagiat), akses ke laman web universiti berkenan dilaporkan telah disekat.

Tinjauan mendapati laman web universiti berkenaan seperti mengalami masalah teknikal dan tidak lagi dapat diakses bermula dari malam tadi.

Usaha untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak pengurusan universiti tersebut berhubung isu yang dibangkitkan juga gagal.

SuaraTV sebelum ini mendedahkan laporan polis yang dibuat oleh seorang pensyarah di UMK pada 1 November lalu terhadap seorang Profesor di universiti yang sama yang dikatakan telah memplagiat hasil kandungan buku orang lain ketika menyiapkan bab pertama tesis yang dilakukan.

Menurut pensyarah tersebut, Profesor berkenaan hanya menukarkan istilah-istilah tertentu yang diangap sesuai dengan tajuk tesis beliau.

Pensyarah terbabit turut mendakwa terdapat bahan-bahan rujukan untuk tesis tersebut, datang dari sumber yang tidak sah dan penerbit yang tidak wujud.

Atas sebab itu, beliau khuatir dengan tindakan Pensyarah tersebut yang mungkin telah menipu universiti luar negara ketika menggunakan rujukan-rujukan dari Malaysia yang pada hakikatnya tidak wujud.

Sehingga kini, pihak UMK dikatakan masih belum mengambil sebarang tindakan ke atas Profesor ini.

 

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Tesis Untuk Phd?

5 thoughts on “Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

  • November 8, 2014 at 7:10 pm
    Permalink

    UMK Nafi Berlaku Plagiarisme Dalam Kalangan Ahli Akademiknya
    KOTA BAHARU, 8 Nov (Bernama) — Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menafikan berlaku plagiarisme dalam kalangan ahli akademik universiti berkenaan seperti yang didakwa di laman sosial Facebook beberapa hari lalu.

    Naib Canselornya Datuk Dr Raduan Che Rose berkata pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan telah melakukan siasatan.

    “Ini satu kes serius dan saya telah menyiasat perkara tersebut dengan memanggil kedua-dua individu terlibat iaitu individu yang kena tuduh dan individu yang membuat tuduhan untuk menyelesaikan perkara ini. Saya dapati ini disebabkan sedikit salah faham sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Citra 2014 UMK di Kampus Pengkalan Chepa di sini, Jumaat malam.

    Laman Facebook itu sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku yang kononnya dilakukan oleh seorang profesor dari UMK yang berdepan dengan tuduhan plagiat ketika menyiapkan tesis kedoktoran di sebuah universiti luar negara.

    Beliau berkata beliau telah menghubungi universiti luar negara berkenaan untuk memaklumkan perkara tersebut dan ini merupakan kes salah faham.

    Raduan yang juga Setiausaha Agung Majlis Profesor Negara berkata isu kredibiliti akademik menjadi satu perkara yang sangat penting dan pihaknya tidak ada toleransi sekiranya ia benar-benar berlaku.

    Beliau berkata perkara tersebut tidak perlu diperbesar kerana ia hanya satu salah faham dan telah diselesaikan selain menggesa ahli akademik untuk menumpukan usaha membangunkan UMK ke peringkat yang lebih dikenali.

    “Saya ingin melihat tenaga kita, usaha kita dan segala apa yang ada untuk membangunkan universiti bukan sama-sama bergaduh,” katanya.

    — BERNAMA

    Reply
    • November 9, 2014 at 10:22 am
      Permalink

      Untuk makluman, website UMK tidak ditutup tetapi dalam proses penyelenggaraan disebabkan server down. Website UMK telah boleh diakses semula

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.