Gambar: Kanak-Kanak 10 Tahun Tercucuk Besi Di Pinggul

Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menanggung azab selepas sebatang besi tercucuk di bahagian pinggulnya sewaktu bermain di tapak pembinaan berhampiran Taman Ukay Indah, Ampang.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kanak-kanak berkenaan bersama beberapa lagi rakannya memanjat sebuah kontena sebelum tergelincir dan terjatuh ke atas batang besi terbabit.

“Pihak kami menerima panggilan daripada penghuni di kawasan tersebut yang memaklumkan mengenai insiden terbabit kira-kira pada pukul 4 petang. Setelah (tiba) ke lokasi dan (telah) mendapati batang besi sepanjang empat inci menikam bahagian pinggulnya.

“Kanak-kanak terbabit tinggal di sebuah pangsapuri berdekatan tapak pembinaan yang terbengkalai  tetapi kami tidak berpeluang untuk bercakap dengan ibu bapanya,” katanya.

Selepas mengeluarkan sebahagian daripada batang besi terbabit, pegawai jabatan bomba mengangkatnya ke ambulans yang tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas dihubungi.

“Ibunya datang ke lokasi kejadian sewaktu operasi mengeluarkan besi tersebut dilakukan dan mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan,” ujarnya.

Bomba 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bomba 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bomba 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.