Baby Andryanna Janji Tutup Aurat

Kota Bharu – The Chamers iaitu penganjur pertunjukan ‘gadis ular’ yang sedang berlangsung di Muzium Kelantan memohon maaf kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Wakilnya Mohd Amir Hasan berkata pihaknya akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuk memastikan wanita berkenaan menutup aurat.

“Kami ingin memohon maaf kepada kerajaan negeri dan juga pihak Muzium Kelantan di atas perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menutup pertunjukan itu sekiranya wanita berkenaan gagal menutup aurat.

Pameran dan pertunjukan Ular itu yang bermula Isnin lepas bakal berlangsung selama sebulan.

Dalam pertunjukan itu, wanita berkenaan Rahiza Abdul Rahim, 28, atau dikenali dengan gelaran ‘Baby Andryanna’ berada di dalam sebuah bilik kaca bersama 60 ekor ular.

Dia berkata dia tetap bersemangat untuk mengadakan pertunjukkan sekalipun menerima kritikan kerana tidak menutup auratnya.

“Saya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.