11 Kenderaan, Empat Kedai Rosak Dihempap Pokok

Kuala Lumpur – Sebanyak 10 motosikal, sebuah kereta serta empat gerai menjual pakaian dan makanan rosak apabila dihempap sebatang pokok berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Masjid India, petang Khamis.

Kejadian berlaku setelah hujan lebat yang dipercayai menyebabkan dahan pokok menjadi berat dan struktur tanah lembut mengakibatkan pokok berkenaan tumbang lalu menghempap kenderaan serta gerai di kawasan itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.41 petang.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul bergegas ke tempat kejadian.

“Semua kenderaan dan gerai hanya mengalami kerosakan yang sedikit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Kerja-kerja pembersihan diserahkan kepada unit khas pemotong pokok Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tindakan. Rakyat Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.