Zahid dedah ada ADUN PN mahu sokong kerajaan BN-PH di Pahang

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang dari Perikatan Nasional (PN) didakwa mahu menyokong kerajaan gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) di negeri itu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berdasarkan maklumat dalaman yang diterima pihaknya.

Menurut beliau, kenyataan dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya empat ADUN BN akan lompat parti dan menyertai PN hanya propaganda untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Di sana (Pahang) terdapat 16 ADUN (BN) sedia ada dan insyaAllah kita akan kekalkan (DUN) Pelangai dan terdapat juga lapan ADUN PH.

“Jumlah ini adalah lebih daripada mencukupi membentuk kerajaan dan walaupun itu propaganda mereka (PN) tetapi kita juga mempunyai maklumat dalaman.

“Sebenarnya mereka (ADUN PN) juga akan bersama-sama dengan kami, jadi cara yang terbaik ialah dengan mempropaganda seolah-olah kita mahu pergi ke sana.

“Sebenarnya mereka yang mahu jadi kerajaan di peringkat negeri, jadi kita harap yang empat (ADUN) itu datang daripada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama Transformasi Program TVET antara Kerajaan bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Swasta, di sini hari ini.

Muhyiddin dalam ceramah perdana di FELDA Chemomoi kelmarin mendakwa ada kemungkinan ADUN daripada BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada PRK DUN Pelangai.

Komposisi yang membentuk Kerajaan Negeri Pahang ketika ini terdiri daripada 16 ADUN BN dan 8 ADUN PH, manakala PN mempunyai 17 ADUN.

Pahang antara negeri yang belum menguatkuasakan undang-undang antilompat parti bagi ADUN sejak ia berkuat kuasa di peringkat Persekutuan pada 5 Oktober tahun lalu.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilaporkan berkata, semua 15 ADUN BN menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Negeri pimpinannya dan perkara itu dimaklumkan sendiri semua ADUN terbabit kepadanya semalam.

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat