PH Tak Pernah Berjanji Hapuskan Kutipan Tol – Dr Mahathir

SHAH ALAM – Pakatan Harapan tidak pernah berjanji akan menghapuskan tol menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi PH itu mengakui kebanyakan pemimpin gabungan parti pemerintah tidak membaca manifesto dengan baik, sebaliknya mereka terbawa-bawa dengan pandangan pembangkang.

“Ya, ada dibangkitkan (dalam temu rapat) bahawa ramai daripada kami tidak baca betul-betul manifesto kami sendiri.

“Kami tidak pernah berjanji untuk menghapuskan tol, tapi ini dianggap sebahagian manifesto kami, kadang-kadang kami terbawa dengan pandangan pihak pembangkang,” katanya pada sidang media sempena temu rapat PH di sini hari ini.

Janji keenam dalam manifesto PH pada PRU14 lalu menyatakan gabungan itu akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.

Halaman ke-29 manifesto PH menyatakan ia akan mengambil alih konsesi lebuh raya dengan memberi pampasan adil kepada syarikat konsesi.

Semalam, pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd dilaporkan berkata, ia menerima banyak tawaran, tetapi tidak berminat menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.

Pengarah Urusan Khazanah, Shahril Ridza Redzuan dilaporkan berkata, pihaknya menolak semua tawaran entiti swasta tempatan dan asing. – FMT

Lain-lain berita;

Kata Mansuh Tol Tapi Ada Pula Caj Kesesakan, Itu Bukannya Pemansuhan – Wee Ka Siong

Juruperunding Audit Bebas Dilantik Analisis Cadangan Hapuskan Tol – Menteri

Tol Masih Ada, TMJ Sindir Kerajaan Pakatan

Hasil Kajian Pengurangan & Mansuh Tol Diketahui Mei 2019 – Timbalan Menteri

Mansuh Tol Tapi Kutip Pula Caj Kesesakan Maknanya ‘Tol Forever’ – Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.