Rafizi Dahului Azmin Dalam Pemilihan PKR Di Pahang

KUANTAN – Keputusan pemilihan PKR negeri hari ini menyaksikan Rafizi Ramli mendahului pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Keputusan tidak rasmi pemilihan yang diedarkan kepada petugas media menyaksikan Rafizi memperoleh 2,383 undi manakala Mohamed Azmin mendapat 2,298 undi dengan majoriti 85 undi.

Sebanyak 14 cabang PKR bagi pemilihan kali ini iaitu Indera Mahkota, Kuantan, Cameron Highlands, Raub, Pekan, Bera, Paya Besar, Jerantut, Maran, Kuala Krau, Kuala Lipis, Rompin, Bentong dan Temerloh.

Rafizi menang di lapan cabang manakala Azmin menjadi pilihan di enam cabang iaitu Raub, Pekan, Kuala Krau, Kuala Lipis, Bentong dan Temerloh. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.