Najib Sokong Gesaan Kit Siang Siasat Kembali 3 Pembunuhan

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri menyokong gesaaan penasihat dan veteran DAP Lim Kit Siang agar sebuah pasukan khas disiasat untuk menyiasat kes kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi, timbalan pendakwa raya Kevin Morais, model warga Mongolia Altantuya Shaariibu.

Kata Datuk Seri Najib Razak dengan cara itu kebenaran bahawa Pakatan Harapan selama 10 tahun telah menabur fitnah terhadap perkara yang tidak dilakukannya dapat ditegakkan. 

“Sudah melangkaui sepuluh tahun, saya dituduh oleh Pakatan dan pakar propaganda mereka bahawa saya terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, Kevin Morais dan Hussain Najadi.

“Oleh itu, sudah tiba masa untuk keadilan diberikan kepada saya. keluarga mangsa dan memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia yang pernah menuduh dan memfitnah saya, menginsafi apa yang mereka lemparkan selama ini.

“Saya mengalu-alukan gesaan YB Lim Kit Siang hari ini untuk membuka semula kes-kes ini dan penubuhan satu pasukan siasatan khas. Saya menggesa Perdana Menteri untuk menyokong saranan saya dan Kit Siang untuk berbuat demikian,” katanya di Facebook. 

Jelasnya tidak munasabah untuk Pakatan Harapan tidak menubuhkan pasukan dan melengahkan penyiasatan ketuga-tiga kes pembunuhan ini dibuka semula melainkan kerajaan itu dakwa Najib merancang untuk terus memfitnahnya.

“Semua kertas siasatan dan kuasa agensi-agensi siasatan untuk ketiga-tiga kes pembunuhan ini ada pada tangan Kerajaan PH. 

“Tiada sebab mereka tidak mengambil langkah itu tanpa lengah dan dengan segera melainkan mereka masih ada rancangan untuk menggunakan isu ini pada masa depan untuk terus memfitnah saya,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kits Siang baru-baru ini. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.