VIDEO: Mujahid Dakwa Pengarang Salah Tafsir Kenyataannya

KUALA LUMPUR – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa menafikan telah mengeluarkan kenyataan bahawa penguatkuasaan khalwat tidak akan dilakukan lagi menerusi serbuan. 

Katanya, pengarang media tempatan yang menemubualnya telah menyalahtafair kenyataannya berhubung isu membabitkan penguatkuasaan aktiviti tidak bermoral tersebut.

Jelasnya, beliau sebaliknya menyebut tentang salah guna kuasa penguatkusaaan terhadap pencerobohan ruang peribadi tidak menggambarkan cara Islam.

“Kenyataan saya dalam temubual di The Star itu apa yang disebut ut dalam kepala tajuk itu tidak keluar dari mulut saya, saya hanya bercakap tentang isu kesalahan ataupun yang di mana ruang awam dan ruang peribadi saya tekankan salahguna kuasa dan pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan cara dan kaedah Islam. 

“Saya tidak pernah menyebut isu kononnya pada waktu malam tidak diketuk pintu itu tambahan editor yang mengambil rumusan daripada kenyataan-kenyataan saya. Sila rujuk kepada interview di dalamnya yang lebih tepat maksud yang saya ingin sampaikan,” katanya kepada sebuah stesen televisyen.

Menyifatkan kenyataanya telah dimanipulasikan, Mujahid dalam masa yang sama kesal terhadap sesetengah pihak yang mengambil pendekatan menyelarnya seterusnya menganggapnya membenarkan maksiat. 

Namun Mujahid menjelaskan bahawa penguatkuasaan bukan satu-satunya cara untuk memerangi maksiat sebaliknya pendekatan berdakwah juga boleh dilakukan. 

Selepas tersebar berita tentang kenyataan yang dikatakan keluar daripada mulut Mujahid ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut berpendirian bahawa pendekagan menceroboh ruang peribadi orang lain atas nama mencegah maksiat tidak sesuai dengan Islam.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.