Kenyataan Tamrin Celupar Kata NGO India

Kuala Lumpur – Datuk Tamrin Abdul Ghafar didakwa membuat kenyataan yang disifatkan mengandungi hasutan terhadap Tunku Mahkota Johor dalam catatan media sosial facebooknya baru-baru ini.

Pengasas Angkatan India Setia Johor (AISJ) S. Deva menyifatkan tulisan anak bekas Timbalan Perdana Menteri terhadap Tunku Mahkota Johor sebagai celupar, menghasut dan tidak sewajarnya dipandang ringan.

Beliau menggesa kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kerana artikel tulisannya dianggap menghina dan cuba menjatuhkan maruah Institusi Diraja di negara ini.

Dalam satu kenyataan Deva sebagai anak kelahiran Johor terpanggil mengulas kenyataan Tamrin itu.

“Lebih menyedihkan tulisan itu ditulis oleh seorang individu berbangsa Melayu yang merupakan anak kepada seorang bekas negarawan dan Almarhum bapanya mempunyai jasa cukup besar kepada negara ini termasuk pejuang dalam mendokong serta mempertahankan Institusi Diraja di negara kita selama ini,” katanya.

Menurusi tulisan bertajuk Tuduhan Jahat, Mengapa Polis Takut Bertindak yang disiarkan dalam Facebook Mohd. Tamrin pada 20 September lalu mendakwa Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat tuduhan berat terhadap kerajaan yang didakwa mengintipnya dan Sultan Johor.

Tamrin mendakwa, tuduhan putera sulung Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu bukan sahaja berat tetapi serius dan jahat, sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus mengambil tindakan terhadap Tunku Mahkota Johor itu yang digelarnya sebagai ‘budak’.

Menerusi tulisan itu juga, Tamrin menggesa PDRM memanggil Tunku Ismail atas kenyataannya seperti biasa dilakukan terhadap rakyat dan jika enggan memberi keterangan di balai polis, maka waran tangkap sepatutnya dikeluarkan.

Deva berkata, tuduhan Tamrin sangat serius, tidak boleh dipandang ringan dan jelas bercanggah dengan prinsip rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

“Rujuklah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang jelas memberi kuasa kepada pertimbangan Kerajaan serta pihak berkuasa untuk melindungi Kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya.

2 thoughts on “Kenyataan Tamrin Celupar Kata NGO India

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.