VIDEO: Gadis Melayu 7Eleven Dimalukan Kerana Enggan Pegang Botol Minuman Keras

SHAH ALAM – Gara-gara berkeras enggan memegang botol minuman keras, seorang gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai serbaneka 7Eleven dimalukan individu yang mahu membeli minuman berkenaan.

Gadis itu dikatakan memberi alasan haram memegang minuman keras. Keadaan itu menyebabkan transaksi tidak dapat dilakukan, dan ia menimbulkan rasa berang pelanggan kedai tersebut.

Sambil menyindir, pelanggan lelaki itu turut merakam video gadis juruwang tersebut. 

“Kita bukan bawa anjing suruh awak pegang. Beer awak cakap haram? Macam mana saya nak beli?,” katanya.

Video rakaman berdurasi kira-kira 6:45 saat itu kemudian tersebar di laman sosial, dan menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Ada yang berpendapat pelanggan lelaki berkenaan sepatutnya menghormati pendirian gadis tersebut apabila menolak untuk memegang botol arak secara baik, dan tidak perlu dimalukan dengan membuat rakaman dan menyebarkan kepada umum.

Ada juga yang berpendapat mana-mana individu yang berpendirian seperti juruwang berkenaan agar mencari pekerjaan lain kerana umum mengetahui kedai serbaneka sememangnya menjual minuman keras.

Bagaimanpun tidak kurang juga ada yang memuji pendirian gadis juruwang itu yang enggan ‘bersubahat’ dan tetap sabar walaupun dihina oleh pelanggan. -SuaraTv 

2 thoughts on “VIDEO: Gadis Melayu 7Eleven Dimalukan Kerana Enggan Pegang Botol Minuman Keras

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.