Dr Mujahid Digesa Letak Jawatan Jika Ada Maruah

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa didesak agar segera meletakan jawatan sebagai menteri.

Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga, Syed Mohd Bakri Syed Islam, berkata desakan itu dibuat kerana dirasakan Mujahid tidak mampu untuk menguruskan isu berkaitan kemaslahatan umat Islam.

Katanya, jawatan itu perlu diberi kepada orang yang lebih berautoriti dan faham mengenai Islam.

“Kalau ada maruah letaklah jawatan.Berilah peluang kepada yang lebih baik untuk memangku jawatan itu.

“Jangan dirombak apa yang dah baik, jangan bagi peluang golongan liberal tepuk tangan.Jangan buka ruang untuk mudah orang melakukan maksiat,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mujahid yang dipetik berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya tegas Mujahid, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan. – SINAR HARIAN

One thought on “Dr Mujahid Digesa Letak Jawatan Jika Ada Maruah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.