Chong Wei Dibenarkan Pulang Ke Tanah Air Esok

SHAH ALAM – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dibenarkan untuk pulang ke tanah air esok. 

Mengesahkan perkara berkenaan, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberitahu bahawa beliau baru saja dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru tahap kesihatan bekas pemain badminton no. 1 dunia itu sebentar tadi.

“Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Chong Wei telah diberi pelepasan oleh pasukan perubatan untuk pulang ke Kuala Lumpur esok.

“Bagi pihak BAM, saya menggesa pengamal media dan rakyat Malaysia secara umumnya untuk menghormati privasi beliau dan keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun tiada butiran mengenai kepulangan Chong Wei esok untuk menjaga privasi beliau. 

Norza juga menjelaskan, kenyataan beliau sebelum ini yang menafikan kepulangan Chong Wei dalam waktu terdekat dibuat berdasarkan perkembangan tahap kesihatan jaguh badminton itu ketika menghubunginya Rabu lalu. 

Chong Wei disahkan menghidap kanser nasopharyngeal, dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Taiwan. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.