Bank Tolak Permohonan Ashman Buka Akaun Tabung Ayahnya

KUALA LUMPUR – Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak mendakwa wujud halangan untuk membuka akaun bank bagi tujuan memungut derma untuk ayahnya yang telah didakwa beberapa kali. 

Nooryana Najwa Najib menerusi kenyataan yang dimuat naiknya di Instagram berkata usaha adiknya Ashman ingin membuka akaun di sebuah bank untuk dijadikan sebagai medium tabung, tidak berjaya setelah pegawai mendedahkan permohonan tersebut ditolak walaupun telah cuba membantu beberapa kali. 

“Sejak ayah saya didakwa buat kali ketiga dua minggu lalu, adik saya Asman telah cuba membuka akaun bank untuk memulakan tabung lain untuk mengumpul sumbangan daripada orang awam.

“Walau bagaimanapun, beliau sedikit sahaja lagi berjaya namun pegawai bank secara peribadi memberitahu bahawa pengurusan kanan mereka bimbang yang dilihat membantu ayah saya dan dan permintaan untuk membuka akaun bank telah ditolak,” katanya. 

 

Menyifatkan sebagai ketidakadilan terhadap ayahnya yang merupakan bekas Perdana Menteri, Yana berharap pihak bank tidak tunduk terhadap tekanan yang diberikan oleh kerajaan atas urusan hanya mahu membuka akaun bank bagi membantu ayahnya. 

“Bagi kepentingan keadilan saya berharap bank itu tidak akan tunduk kepada tekanan atau kerajaan dan akan membolehkan adik saya  membantu orang tua kami,” katanya.

Najib terdahulu diarahkan mahkamah untuk membayar RM3.5 juta bagi 25 pertuduhan ke atasnya manakala isterinya Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini RM2 juta untuk 17 pertuduhan.  -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.