Anak Azeez Rahim Dibebaskan

SHAH ALAM – Anak lelaki Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengah hari semalam, sudah dibebaskan kira-kira jam 2.00 pagi tadi. 

Sumber SPRM berkata pemuda berusia 24 tahun itu dibebaskan setelah selesai memberi keterangan.

Semalam media melaporkan SPRM menahan anak lelaki Azeez yang juga seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Lelaki itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Lelaki itu adalah individu kelima ditahan SPRM sejak 26 September lepas bagi membantu siasatan kes sama. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.