Waspada Fenomena Hujan Batu

KUALA LUMPUR – Pakar kaji cuaca memberi amaran kepada orang ramai agar lebih berwaspada pada musim peralihan monsun yang bermula hari ini ke­rana boleh menyebabkan hujan batu dan puting beliung kecil di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

Profesor Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Fredolin Tangang berkata, musim peralihan monsun itu juga dijangka menyebabkan angin kencang, ribut petir dan banjir kilat, lapor Kosmo.

Katanya, kejadian puting beliung kecil dikenali sebagai belalai darat biasanya berlaku di kawasan rata bahagian utara terutamanya pada waktu petang dan lewat petang.

Jelas Fredolin, peralihan musim-musim monsun berkait rapat dengan tekanan tinggi rendah di kawasan Siberia dan Australia semasa musim sejuk serta panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.