Polis Tahan Jamal Berkaitan Himpunan Haram Bantah Pesta Arak

SHAH ALAM – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan mengadakan perhimpunan haram membantah pesta arak di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan hari ini yang mana Jamal ditahan kira-kira pukul 1.45 pagi di Sekinchan, Sabak Bernam bersama-sama tujuh lagi individu.

Katanya, penahanan itu dibuat selepas pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima aduan daripada pengawal keselamatan bangunan pentadbiran Selangor itu mengenai tindakan penganjur perhimpunan yang membawa kira-kira 10 kotak berisi botol bir dan memecahkannya dengan menggunakan sebatang penukul simen hadapan pintu masuk utama premis berkenaan.

“Ekoran insiden tersebut, satu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan satu kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan peserta perhimpunan,” ujarnya.

Katanya lagi, perintah reman tehadap jamal dijangka akan dikeluarkan oleh Mahkamah Shah Alam, pagi ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.