Pelayan Wanita Buta Selepas Dipukul Rakan Sekerjanya Guna Kasut Tumit Tinggi

SINGAPURA – Mata kiri seorang pelayan wanita buta selepas dipukul rakan sekerjanya menggunakan kasut tumit tinggi.

Dalam insiden pergaduhan di sebuah pusat hiburan itu mengakibatkan bola mata wanita berkenaan terkeluar.

Ketika kejadian pada 8 Oktober 2015, Siti Zahara Afifi Abdul Karim, 28, dan mangsa, Nur Lena Rahmat, 30, yang berselisihan faham sama-sama bekerja di Club One KTV Boutique.

Mahkamah diberitahu bahawa adik perempuan Siti Zahara menjalinkan hubungan dengan rakan mangsa.

Pergaduhan bermula disebabkan isu bayaran pendakap adik perempuan Siti Zahara.

Dia sebelum ini pernah bertengkar dengan mangsa kerana didakwa masuk campur dalam hal tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Rene Jeyaraj berkata, kedua-dua wanita itu bertengkar berhubung perkara tersebut sekali lagi di tempat kerja di Jalan Sultan, pada kira-kira pukul 3.20 pagi hari kejadian.

Pertengkaran itu kemudiannya mengakibatkan pergelutan sehingga menyebabkan Siti Zahara dan mangsa jatuh ke lantai.

Walaupun cuba dileraikan oleh dua saksi di kelab tersebut, Siti Zahara yang memakai kasut tinggi setinggi 14.5 sentimeter terus menendang kaki mangsa secara kasar.

“Mangsa kemudiannya merasakan kasut tumit tinggi itu mengenai matanya sebanyak tiga kali. Bagaimanapun, tertuduh tidak menyedari dia telah memukul mata mangsa,” kata timbalan pendakwa raya.

Mangsa kemudian merasakan tumit kasut itu mengenai kelopak matanya sebanyak dua kali, sebelum terkena matanya sehingga mengakibatkan bola matanya terkeluar.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng untuk menjalani rawatan akibat kecederaan itu.

Mata kirinya keluarkan dan digantikan dengan implan orbital.

Pada Selasa, Siti Zahara disabitkan bersalah kerana mengakibatkan kecederaan parah ke atas Nur Lena dan bertindak sehingga mengancam keselamatan orang lain.

Hakim, Mathew Joseph akan mendengar rayuan peguam Siti Zahara untuk meringankan hukumannya dan pendakwaan ditetapkan pada 31 Oktober.

Jika disabitkan bersalah, hukuman maksimum adalah empat tahun penjara dan denda S$10,000 (RM31,059). – The Straits Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.