Pelajar Tingkatan 3 Ditemui Tergantung Dibiliknya

PELAJAR lelaki Tingkatan 3 sebuah sekolah di Bukit Raja, Klang ditemui mati tergantung dalam biliknya petang semalam.

Tindakan pelajar itu dipercayai selepas dia dikenakan tindakan buang sekolah akibat masalah disiplin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, ibu bapa mangsa menemui anaknya itu tergantung dalam biliknya kira-kira 2 petang semalam.

Beliau berkata, mangsa menggantung diri menggunakan kain sari hitam yang diikat pada kipas siling.

“Ketika ditemui, mangsa sudah tidak bernyawa dan mayat diturunkan ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mazelan berkata, sebelum kejadian kira-kira 11 pagi, ibu bapa mangsa ke sekolah anaknya itu untuk berbincang mengenai salah laku anaknya itu.

“Mereka pulang ke rumah pada 1 petang dan sejam kemudian, anaknya tidak keluar bilik sebelum ibu bapa terbabit pergi ke bilik anaknya.

“Polis menemui kesan jerutan di bahagian leher mangsa dan siasatan awal mendapati tiada kesan ceroboh atau unsur jenayah di dalam bilik mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.