Lelaki Badang Angkat Kereta, Halang Laluan

LUTON, Britain – Seorang lelaki perkasa di sini mengalihkan kereta Vauxhall Corsa yang menghalang laluan ibu saudaranya dengan mengangkat kenderaan itu baru-baru ini.

Hakan Acar, 23, dikenali sebagai The Tulk iaitu singkatan kepada Turkish Hulk kerana mempunyai kekuatan luar biasa, lapor Kosmo.

Dalam kejadian pada 24 September terbabit, Hakan mendakwa ibu saudaranya, Abi Mustafa sering bertekak dengan jirannya sejak sebulan lalu selepas wanita itu sering meninggalkan keretanya di sebatang jalan awam di hadapan rumah mereka.

Abi terpaksa menghubungi anak saudaranya yang bertubuh sasa itu selepas mendapati jirannya menghalang laluan pemanduannya kerana mahu membalas dendam.

Oleh kerana Hakan tidak berjaya menyelesaikan perselisihan faham antara mereka dan jiran tersebut enggan mengalihkan keretanya, maka dia bertindak mengangkat kereta berkenaan.

Rakaman video menunjukkan dia mengangkat bahagian hadapan kereta Vauxhall Corsa tersebut dan menolak kenderaan itu daripada menghalang laluan. Dia juga dilihat membuka kasut agar mendapat lebih daya cengkaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.