Irwansyah Nafi Dibayar RM1 Juta Berlakon Drama Malaysia

Pelakon dan penyanyi popular Indonesia Irwansyah menafikan dakwaan menerima RM1 juta untuk berlakon drama bersiri di negara ini.

Menurut Irwansyah, bayaran yang diterima untuk membintangi drama bersiri 60 episod berjudul Dia itu berbaloi dengan tanggungjawab diberikan sebagai pelakon utama.

“Dakwaan tersebut tidak benar. Bayaran diberi pihak produksi berbaloi untuk tiga bulan penggambaran.

“Jadi, saya berpuas hati dan bersetuju. Lagi pula, secara tidak langsung saya dapat kembangkan bakat lakonan di sini,” katanya, lapor Gempak.

Irwansyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Dia, bertempat di One Utama, Damansara, baru-baru ini.

Drama bersiri Dia akan disiarkan pada setiap Jumaat hingga Ahad, pada pukul 9 malam, bermula 14 Oktober ini di saluran TV3.

Selain Janna, drama itu juga turut menampilkan pelakon seperti Irwansyah, Izara Aishah dan ramai lagi.

Drama Dia mengisahkan tentang percintaan sejati Adit iaitu Irwansyah yang telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah) walaupun hatinya terlalu mencintai Aira (Janna Nick). 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.