Hasan Ali Tak Minat Tanding PRU14

SHAH ALAM – Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak minat untuk bertanding dalam pada pilihan raya kali ini walaupun kembali menyokong PAS.

“Saya tak berminat. Saya tak berhajat,” katanya kepada Antarapos.

Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan sebelum ini memberitahu Antarapos, Hasan menyatakan sokongan kepada perjuangan PAS, selepas lima tahun tidak bersama parti itu.

Beliau berkata akan menyertai tokoh politik lain dalam menyokong perjuangan parti memenangi pilihan raya akan datang.

Tokoh politik itu adalah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dua bekas pegawai kanan perkhidmatan kerajaan Datuk Seri Zakaria Jaffar dan Datuk Abdul Rahim Che Daud.

Untuk rekod, Hasan dipecat daripada PAS pada 2012 berikutan tindakannya ‘menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan PAS’. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.