Elfira Loy Kini Sah Menjadi Tunangan Sufian Suhaimi

Pelakon dan model Elfira Loy, 23, selamat melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sufian Suhaimi, 25.

Majlis pertunangan pasangan selebriti popular itu akan diadakan di kediaman keluarga Elfira, di Ampang. Mereka yang mula rapat sejak Mac lalu, mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dan berkahwin dalam usia yang muda.

Elfira melalui akaun Instagramnya awal pagi tadi berdoa agar majlis pertunangan itu berjalan lancar dan menyatakan dia rasa berdebar menantikan saat itu di Twitter dua hari lepas

berdebar menantikan saat itu di Twitter dua hari lepas.

 

Sebelum ini, ahli keluarga Sufian telah merisik Elfira pada Jun lalu. Bersama kita doakan tidak ada aral melintang sehingga mereka berdua melangsungkan perkahwinan.

Sebelum ini, Elfira pernah dikaitkan dengan beberapa orang pelakon lelaki antaranya Baim Wong, namun Elfira mengatakan mereka hanya berkawan baik. Sufian juga telah putus cinta dengan bekas kekasih yang menjalinkan hubungan selama beberapa tahun dengannya sebelum bercinta dengan Elfira. – beautifulnara.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.