Video: Rahman Dahlan Tolak Pelawaan Teliti Dokumen – ADUN DAP

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin mendakwa telah mempelawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mengadakan satu sesi penilitian dokumen di Pulau Pinang, namun ditolak.

 

Menurut beliau, kerjaan Pulau Pinang bersifat terbuka, dan rela untuk melakukan sesi dialog kepada mereka sekiranya wujud perasaan tidak puas hati terhadap kenyataan-kenyataan media yang diberikan.

 

“Kerajaan Pulau Pinang adalah terbuka, sekiranya datuk tidak berpuas hati dengan kenyataan-kenyataan media yang diberikan, kita boleh jemput dia datang ke Pulau Pinang supaya dapat melakukan dialog,” katanya ketika ditemui media di pusat Permata PPR Kerinchi.

 

Beliau turut mendakwa bahawa Rahman Dahlan telah salah faham berkenaan isu terowong di Pulau Pinang sehingga mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri.

 

“Saya nak ingatkan disini, semasa isu terowong Pulau Pinang, salah faham YB abdul Rahman Dahlan dia mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang, masa itu exco di Pulau Pinang telah menjemput Rahman Dalan untuk meneliti dokumen tersebut tetapi YB yang menolaknya.

 

“Kita boleh membuat sesi penerangan seperti ini untuk dia,” ujarnya.

 

Terdahulu, Abdul Rahman meminta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kenapa jumlah kos bagi laporan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang mencapai hingga RM305 juta.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.