Video: Mahathir Buang Masa Agong, Nak Minum Kopi ‘Free’

KUALA LUMPUR – Ahli majlis Tertinggi UMNO menempelak tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad yang membuang masa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam satu pertemuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri adalah tindakan yang sia-sia.

 

Menurut beliau, Perdana Menteri tidak boleh dijatuhkan melainkan beliau hilang kepercayaan majoriti ahli parlimen.

 

 

“Tidak ada cara lain, melainkan Datuk Seri najib hilang kepercayaan majoriti ahli parlimen maka orang yang baharu yang dapat sokongan maka dia lah yang akan dicadangkan untuk menjadi perdana menteri dan akan dilantik oleh Agong.

 

“Kalau dia cerdik, tak adalah dia buat kerja gila pergi dapatkan tandatangan lebih sejuta konon, saya rasa kurang, itu bukan cara nak jatuhkan seorang pemimpin, tapi kalau kita ni peguam kita faham, tak perlu buat kerja bodoh itu. katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Asean Celebrity Explore Quest Malaysia 2016.

 

Justeru, beliau sifatkan tindakan mahathir itu hanya membuang masa dan beliau hanya mahu minum kopi ‘free’ sahaja.

 

“Buang masa Agong satu jam lebih, minum kopi free pula,” ujarnya.

 

 

Dalam pada itu, beliau turut mengulas berkenaan isu nama parti Bersatu Pribumi (BERSATU) yang beliau sifatkan sebagai parti ‘ciplak’ dan UMNO akan membuat aduan berkenaan isu berkenaan.

 

“Dia parti Ciplak, mana boleh Bersatu sebab Bersatu ini ada parti yang lebih awal telah guna seperti PBB.

 

“Dia juga parti nyamuk dan dia tidak ada hak dan apa yang dibuat itu bukan untuk menyatu tapi memecahbelahkan.

 

“Saya percaya pihak UMNO akan membuat aduan,” katanya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.