Video: Pembangkang Setuju Program Permata

KUALA LUMPUR – Wakil-wakil DAP yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  yang menyertai lawatan ke Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di PPR Kerinchi nyata bersetuju dengan perlaksanaan Permata.

 

Menurut salah seorang wakil DAP yang merupakan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata hal  ini berlaku kerana, semasa sesi lawatan petang tadi mereka telah diberi taklimat tentang segala perincian urus tadbir Permata dan mereka bersetuju dengan Permata walaupun berlainan pandangan.

 

Namun beliau turut menegaskan bahawa beliau akan berpuas hati terhadap penerangan yang diberikan sekiranya pihak Permata memberikan audit akaun Permata kepada beliau untuk diteliti.

 

“Memang kita ada pendirian yang lain tapi dari segi prinsipnya ialah kedua-dua bersetuju.

 

“Tapi kami disini untuk memberi pandangan yang berbeza dan kami perlu menunggu laporan audit akaun Permata untuk diteliti yang mana mereka kata akan beri kepada kami dan selepas itu barulah kami akan berpuas hati,” katanya ketika ditemui media petang tadi.

 

Dalam pada itu, ketika sesi sidang media itu, timbul satu kekecohan apabila seorang ‘Facebooker’ tampil meluahkan rasa tidak puas hati beliau ke atas wakil DAP itu.

 

Menurut ‘ Facebooker’ tersebut, pihak pembangkang sering kali  menganggu perancangan yang baik yang dirangka oleh kerajaan untuk rakyat.

 

“Apa yang saya nak cakap, kenapa selalu mengacau dan menganggu benda-benda baik seperti Permata, kenapa?

 

“Kenapa perlu diganggu gugat benda-benda baik benda macam ini, sepatutnya pembangkang menambah baik bukan menganggu gugat.

 

“Benda semua dalam audit, kenapa nak persoalkan.

 

“Sebab apa yang saya nampak, semua benda baik yang kerajaan nak buat, pembangkang akan kacau,” katanaya ketika sidang media tadi.

 

Tambah beliau lagi, sekiranya program yang dijalankan oleh Permata adalah tidak baik, mana mungkin ramai yang ingin turut serta dalam program tersebut.

 

“Sedangkan untuk pengetahuan YB kalau YB tak buat kajian, SJKC hantar paling ramai untuk buat test.

 

“Saya bukan perkauman, tetapi ini adalah peratus pelajar-pelajar yang dihantar untuk masuk di Permata pintar yang dia punya taraf universiti,” ujarnya. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.