Video: Jamal Bukan Wakil Rakyat, Tindakannya Tidak Mewakili UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan bahawa tindakan Pengerusi Persatuan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunus sebagai tindakan yang tidak mewakili UMNO.

 

Menurut beliau, Jamal bukan merupakan wakil rakyat, dan tindakannya mungkin tidak disenangi oleh beberapa pihak namun ia tidak dikatakan sebagai pemikiran secara umum parti.

 

“Beliau bukan mewakili UMNO pada umumnya.

 
“kita ada 3 juta ahli, takkan seorang ahli buat satu perkara yang mungkin tidak disenangi maka dikatakan sebagai pemikiran secara umum parti,” katanya ketika ditemui media petang tadi.

 

Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang hanya menuding jari dan hanya menyifatkan bahawa situasi ini turut berlaku dalam parti lain.

 

“Kadang-kadang kita ada tengok ahli-ahli parti yang lain buat seperti itu, tak pula kita cakap seluruh parti itu terkesan,” ujarnya.

 

 

Justeru itu, beliau menegaskan bahawa tindakan Jamal itu bukanlah mewakili UMNO namun pimpinan tertinggilah yang mewakili pemikiran UMNO.

 

“Dia bukanlah seorang pemimpin yang mewakili pemikiran UMNO.

 

“Kalau Datuk Najib atau TPM, itu mungkin la,” katanya.-Suara TV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.