Sembilan Warga Australia Mengaku Bersalah, Kacau Ganggu Awam

SEPANG – Sembilan Australia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, kerana melucutkan seluar untuk menunjukkan seluar dalam yang tertera lambang bendera Malaysia di Grand Prix F1 Petronas Malaysia Ahad lalu.

 

 

Kesembilan mereka, Kack Walker, yang merupakan seorang penasihat dasar kepada Menteri Pertahanan Australia, Timothy Yates, Tom Whitworth, Tom Laslett, Nick Kelly, Edward Leaney, Branden Stobbs, James Paver dan Adam Pasfield, lapor Star.

 

 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kacau ganggu awam, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM400.

 

Sekumpulan lelaki itu diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

 

 

Terdahulu, kesemua sembilan lelaki tersebut dipercayai rakyat Australia, berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix pada Ahad.
 

Mereka ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.
 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, hasil ujian alkohol mendapati kesemua suspek bertindak sedemikian akibat mabuk.

 

 

Orang-orang yang berumur 25 hingga 29, masing-masing mengaku bersalah menyebabkan kacau ganggu awam apabila mereka dikeluarkan pakaian mereka untuk meraikan kemenangan senegara Daniel Ricciardo selepas perlumbaan. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.