Malaysia Pantau Perkembangan, Usaha Bebaskan Dr Fauziah Dari Tahanan Israel

SHAH ALAM – Kementerian Luar Negeri kini sedang berusaha untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel, pada Rabu.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak Kementerian sudah menghubungi beberapa pihak untuk memastikan rakyat Malaysia yang ditahan itu berada dalam keadaan selamat.

 

“Kita buat masa ini sedang memantau perkembangan itu,” petik kenyataan Kementerian Luar Negeri.

 

Terdahulu, aktivis dan juga wakil tunggal dari Malaysia iaitu Dr Fauziah Mohd Hasan yang mengikuti pelayaran kapal Zaytouna-Oliva dalam misi ke Gaza ditawan Israel.

 

Kapal layar berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam pada Rabu.

 

Kapal Zaytouna yang dalam misi #WomensBoatToGaza (WBG) itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.

 

Misi #WomensBoatToGaza yang disertai lebih 20 wanita ternama dari pelbagai negara dan agama bermatlamat memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan kepungan di Gaza yang berlarutan selama hampir 10 tahun.

 

Gerakan yang merupakan satu inisiatif Freedom Flotilla Coalition (FFC) juga bertujuan menganjurkan misi keamanan untuk memberitahu masyarakat dunia bahawa hak-hak rakyat Palestin harus dikembalikan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.