Kesemua Anak Kapal, Anggota Misi ‘Women’s Boat To Gaza’ Selamat

SERI KEMBANGAN – Kesemua 13 anak kapal dan anggota misi kemanusiaan ‘Women’s Boat To Gaza’ (WBG) yang berada di atas kapal Zaytouna-Oliva kini berada dalam keadaan selamat.

 

Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media yang diadakan di sini sebentar tadi, lapor Awani.

 

Kapal layar Zaytouna-Olivia berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam pada Rabu.

 

Turut berada di dalam kapal berkenaan ialah wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.

 

Kapal Zaytouna itu dilaporkan telah ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.