Kapal Zaytouna Misi Bantuan Gaza Ditawan Israel

KUALA LUMPUR – Kapal layar Zaytouna-Olivia berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam, semalam.

 

Kapal Zaytouna yang dalam misi ‘Women’s Boat To Gaza’ (WBG) itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.

 

Turut berada di dalam kapal berkenaan ialah wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan. Perkembangan terbaru tersebut dimuat naik di Facebook Rose2Rose.

 

Ketika kejadian, kapal Zaytouna sudah melepasi garisan 100 batu nautika ke arah pantai Gaza, dan pada kedudukan itu, kapal berkenaan telah memasuki garisan perairan yang dikawal oleh tentera Israel.

 

Selain Dr Fauziah, delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia.

 

Selain Dr Fauziah, delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia.

 

 

Pelayaran mereka bermula pada 8 malam (waktu tempatan Barcelona) 14 September dari pelabuhan Vell dan membuat persinggahan di Ajaccio, Perancis pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali.

 

 

Seorang jurucakap misi WBG itu sebelum ini berkata, kapal berkenaan cuba menghampiri Gaza dalam usaha melepasi sekatan yang dikenakan Israel sejak berdekad-dekad lamanya.

 

 

Sementara itu menurut satu kenyataan yang dikeluarkan tentera Israel pada Rabu memaklumkan pasukan keselamatan rejim telah ‘mengubah haluan’ konvoi terbabit bagi mengelak ia melanggar ‘sekatan maritim’ yang dikenakan rejim ke atas Gaza.

 

 

Tindakan diambil selepas menerima arahan dari pihak kerajaan dan segala usaha diplomatik gagal.

 

 

Flotila WBG adalah sebahagian dari kumpulan Freedom Flotilla Coalition yang lebih besar, dengan misi yang sama untuk membantah sekatan Yahudi di bumi Gaza.

 

 

Sehingga kini beberapa cubaan untuk kumpulan itu melepasi sekatan menemui jalan buntu dengan beberapa anggotanya turut ditahan pihak Israel.

 

 

Ketika tragedi konvoi Mavi Marmara dengan misi yang sama pada 2010, tentera Israel bertindak menyerang konvoi kapal berkenaan di kedudukan 70 batu nautika menyebabkan 10 warga Turki terbunuh.

 
Satu sidang media mengenai perkara itu akan diadakan oleh pihak MyCare dan Wisma Putra pada pagi Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.