Hadi Awang Keluar IJN

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu lepas dibenarkan keluar pagi ini.

 

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, memaklumkan perkara itu, dalam satu kenyataan di sini.

 

 

“Alhamdulillah, Tuan Guru Presiden yang kita kasihi telah dapat keluar dari wad hospital pada pagi ini Khamis 6 Okt,” katanya.

 

 

Ahmad Samsuri berkata PAS berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Abdul Hadi.

 

 

Bernama sebelum ini melaporkan Abdul Hadi dimasukkan ke IJN bagi rawatan susulan biasa setelah dikatakan tidak sihat serta terpaksa mengehadkan menghadiri program yang telah dijadualkan untuknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.