Faye Kusairi Dikecam Netizen Selepas Mengaku Berkasih Dengan Bekas Suami Elly Mazlein

 

Selepas tersiarnya laporan berita bahawa pelakon Faye Kusairi mengakui bahawa dia dan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta adalah kekasihnya, ramai netizen yang mengecamnya.

 

Mereka menyifatkan kenyataan Faye sebelum ini yang menafikan beliau orang ketiga, seperti yang didakwa oleh Elly Mazlein, sebagai `palsu’. Tidak kurang yang menggelarnya sebagai perampas dan mereka turut membidas pelakon berkenaan.

 

Ramai yang ingin tahu kenapa beliau bertarik tali sebelum ini dan sejak bila Faye serta Azmi bercinta?

 

“Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka.

 

“Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya.

 

“Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang,” ujarnya kepada mStar Online

 

Gara-gara keadaan itu juga, Faye, Azmi dan Elly Mazlein menjadi kontroversi di media sosial.

 

Elly Mazlein dan Azmi bercerai pada 15 Oktober tahun lalu ketika usia kandungan Elly berusia empat bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.