Ainan Tasneem Mahu Berhenti Menyanyi

Bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan pada 7 Januari 2017, penyanyi Ainan Tasneem sudah pun mempunyai rencana jangka panjang untuk kariernya.

 

 

Demi kehidupan yang dirasakan lebih sesuai, dia segera memutuskan tekad dan membulatkan hati untuk meninggalkan dunia nyanyian yang telah diceburi sejak lima tahun lalu.

 

 

Ainan, 24, mengakui meskipun bidang nyanyian telah banyak memberikan erti hidup buat dirinya, dia sedikit pun tidak berasa terkilan untuk meninggalkan kerjaya tersebut.

 

 

Di hati penyanyi yang terkenal dengan lagu 150 Juta itu, masa depan bersama Ariff, 25, mahu ditangani sebaik mungkin walaupun usia perkenalan mereka baru memasuki tempoh dua bulan, memetik Kosmo.

 

 

 

 

 

“Selepas berkahwin, saya membuat keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian. Selain itu, saya juga merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah (PhD).

 

 

“Perancangan tersebut tidaklah bermaksud bahawa saya mahu meninggalkan dunia seni secara total kerana saya juga aktif dalam bidang pengacaraan,”katanya.

 

 

Ditanya adakah keputusan untuk berhenti menyanyi dibuat atas permintaan bakal suami, katanya perkara itu tidak benar.

 

Katanya, keputusan meninggalkan bidang nyanyian dibuat atas keinginan saya sendiri tanpa paksaan atau permintaan daripada mana-mana individu.

 

“Sememangnya saya sudah menyimpan hasrat untuk berhenti menyanyi tetapi belum menemui masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.