9 Lelaki Australia Dibebaskan Dengan Amaran

SEPANG – Mahkamah Sesyen di sini hari ini yang membebaskan 9 lelaki warga Australia yang berseluar dalam corak Jalur Gemilang dengan amaran.

 

Hakim Harith Sham Mohamed Yasin mengguna pakai Seksyen 173A Kanun Acara Jenayah untuk tidak mengenakan sebarang hukuman dan sebaliknya membebaskan semua tertuduh dengan amaran.

 

Sebelum itu Jurucakap kepada semua 9 tertuduh itu membuat permohonan maaf di mahkamah, selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan itu dan mengakui “silap menilai” tindakan mereka ketika menjadi penonton di Grand Prix Formula Satu di Sepang, minggu lalu.

 

“Kami memohon maaf dengan seikhlasnya atas tindakan kami, yang menyinggung sentimen rakyat di negara indah ini.

 
“Tidak terlintas sedikit pun niat kami untuk merendahkan negara ini dan sensitivitinya,” kata jurucakap itu, petik sebuah portal.

 

Semua 9 tertuduh berkata mereka tidak tahu sensitiviti di negara ini dan menanggalkan pakaian dengan hanya seluar dalam mandi boleh dianggap sebagai perbuatan menyinggung.

 
Terdahulu, semua tertuduh, Branden Stobbs, 29; Edward Leaney, 25; Nicolas Kelly, 27; Thomas Laslett, 28; Thomas Whitworth, 28; James Paver, 27; Adam Pasfield, 25; Timonthy Yates, 29; dan seorang anak diplomat Jack Walker, 26; yang juga staf di pejabat Menteri Industri Pertahanan Australia, Christopher Pyne.

 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun keseksaan kerana menyebabkan kacau ganggu yang membawa hukuman denda tidak melebih RM400.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.