Wanita Pakai Skirt Atas Paras Lutut Cetus Kekecohan Di Istana Kehakiman

PUTRAJAYA – Seorang pensyarah universiti mencetuskan kekecohan, selepas dilarang memasuki Istana Kehakiman, kerana memakai dress di atas paras lutut.

 

Kejadian itu berlaku, meskipun papan tanda kod pemakaian telah diletakkan di pintu masuk bangunan terbabit.

 

Pensyarah Universiti Malaya itu yang enggan mendedahkan namanya, memakai dress berwarna putih yang menampakkan lutut.

 

Di pintu masuk utama Istana Kehakiman, pensyarah terbabit dilihat bertengkar dengan polis bantuan yang bertugas berdekatan mesin X-ray dan pengesan logam, pada pagi tadi.

 

Dia turut mempersoalkan kod pemakaian di semua bangunan kerajaan yang tidak seragam.

 

Bagaimanapun, polis bantuan itu hanya membenarkannya memasuki mahkamah, selepas dia melilit sehelai selendang yang panjangnya melepasi lututnya.

 

Wanita itu hadir di Istana Kehakiman untuk memberi sokongan kepada rakan setugasnya, Prof Madya Dr Azmi Sharom yang mencabar kesahihan Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Persekutuan, pagi tadi. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.