Video: Kereta Terbakar Ketika Sedang Isi Minyak

Akibat kelalaian dan tidak mematuhi cara sebenar pengisian minyak, seorang pengguna berhadapan kebakaran kecil di stesen petronas Greenlace, baru-baru ini.

 

Video rakaman stesen minyak di Penang itu, menunjukkan pemandu lelaki yang tiba distesen tersebut tidak menutup suis enjin keretanya.

 

Kemudian dalam durasi 0:1.10 minit, palam pencucuh dan tangki keretanya mula terbakar.

 

Lelaki tersebut berlari dan anak lelakinya yang berada dalam kereta juga turut berlari keluar dari kereta tersebut.

 

Sementara itu, seorang pekerja yang menyaksikan kejadian itu segera mencapai air dan menyembur air tersebut pada tangki kereta namun tidak berjaya memadamkan api tersebut.

 

Seorang lagi petugas yang didapati bertugas di stesen berkenaan mengambil alat pemadam api untuk memadam kebakaran tersebut dan akhirnya api berjaya dipadamkan. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.