Suami Pendek : Isteri Minta Cerai

QATIF – ARAB SAUDI. Akibat penghinaan yang diterima kerana bersuamikan seorang lelaki pendek, seorang wanita mengambil keputusan untuk menuntut cerai.

 

 

Menurut laporan Gulf News, wanita yang berusia 20an itu memberitahu disebabkan fizikal suaminya yang pendek menyebabkan dia malu kerana sering dihina. Satu cara untuk menutup rasa malu tersebut wanita itu membuat pilihan untuk menuntut cerai kepada suaminya.

 

 

 

Dia yang hanya berkahwin selama tujuh bulan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak lagi boleh menahan penghinaan daripada masyarakat kerana fizikalnya yang jauh lebih tinggi berbanding suaminya.

 

 

Ketua Bahagian Jabatan Wakaf Qatif, Shaikh Mohammad Al Jirani berkata, kes itu adalah antara kes yang pelik pernah dikendalikan.

 

 

Sebelum itu, Mei lalu, seorang lelaki telah menceraikan isterinya selepas wanita itu menghantar videonya ketika sedang memandu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.