Pesawat Aviastar Ditemui

JAKARTA – Pesawat Twin Otter milik syarikat penerbangan Aviastar Mandiri yang hilang di provinsi Sulawesi Selatan pada Jumaat lalu telah ditemui di wilayah Enrekang.

 

Perkara itu dimaklumkan Komisioner Polis Sulawesi Barat, F Bankatwa Mangera semalam.

 

“Pasukan pencari polis yang melakukan pendakian selama dua hari di Gunung Latimojong telah menemui serpihan pesawat tersebut.

 

“Lokasi penemuan bangkai pesawat itu sesuai dengan isyarat radio terakhir yang diterima menara kawalan di Makassar,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Bambang Sulistyo mengesahkan menerima laporan tersebut, namun belum boleh mengesahkan perkara itu.

 

“Ya, memang ada maklumat dan petunjuk mengenai penemuan itu. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa mengesahkannya,” katanya.

 

MV7503 terputus hubungan ketika dalam penerbangan di provinsi Sulawesi Selatan, Jumaat lalu.

 

Pesawat itu membawa tiga kru dan tujuh penumpang termasuk tiga kanak-kanak.

 

Ia hilang hubungan radio kira-kira 30 minit sebelum pesawat terbabit dijadualkan mendarat di Makassar. – Detiknews.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.