Penduduk Kampung Belasah, Telanjangkan Bekas Anggota Polis Suspek Pecah Rumah

PASIR MAS – Seorang lelaki yang juga merupakan bekas anggota polis parah dibelasah penduduk kampung setelah ditahan ketika cuba memecah masuk dan merompak sebuah rumah di Rantau Panjang.

 

Berikutan itu beberapa foto suspek tersebut menjadi viral di media sosial.

 

Selain cedera di bahagian muka dan patah tulang rusuk, lelaki itu juga ditelanjangkan oleh penduduk kampung yang berang dengan kejadian tersebut.

 

Sementara itu tinjauan di laman sosial mendapati sebahagian netizen mengecam tindakan pihak tertentu menyebarkan gambar suspek yang berada dalam keadaan aib tanpa dikaburkan wajah dan identitinya.

 

“Pihak polis kan ader, elok serahkan pada pihak berkuasa.

 

“Tak elok aibkan orang lain, bab-bab telanjang kan orang camni, agak tak beradab lah,” kata Dzul Fadzli Nazhar.

 

“Pecah masuk rumah orang memang salah, tapi belasah & telanjangkan tu betul ke?

 

“Dah kenapa rakyat Malaysia ni?,” soal netizen dikenali sebagai Azlina Ahmad.

 

Kejadian berlaku Jumaat lalu sekitar jam 9.30 malam di mana suspek dan dua rakannya memecah masuk sebuah rumah sebelum disedari pemilik dan orang kampung.

 

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kejadian tersebut dan telah menahan semua suspek yang terlibat.

 

Beliau juga mengesahkan, suspek telah diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak empat tahun selepas didapati terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.